Blogger Backgrounds

Pages

PROGRAM TURUN PADANG ZON 6

Pada 04 Mac 2009 Program Turun Padang Zon 6 UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan di Dewan UMNO Cawangan Taman Maznah jam 9.00 malam dan dihadiri oleh ahli UMNO tidak kira peringkat umur. Cawangan Zon 6 terdiri daripada 9 cawangan iaitu Cawangan Taman Maznah, Taman Sri Menegon, Kampung Sungai Kandis, Telok Menegon, Taman Kandis Permai, Bukit Badak, Golden Villa, Jalan Melayu Sungai Kandis dan cawangan yang baru ditubuhkan Cawangan Desa Latania. Majlis diserikan lagi dengan paluan kompang yang mengiringi lagu UMNO.