Blogger Backgrounds

Pages

PROGRAM TURUN PADANG ZON 10

Pada 21 Februari 2009, Program Turun Padang Zon 10 telah diadakan di Dewan UMNO Johan Setia jam 9.00 malam. Antara agenda pada majlis tersebut ialah sesi memperkenalkan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja dan juga Zon 10 yang terdiri daripada 6 buah cawangan iaitu Cawangan Johan Setia, Johan Setia Utara, Sri Nadi, Taman Setia, Setia Sepakat dan Taman Johan Setia. Hadir bersama ialah barisan Exco Puteri UMNO Bahagian Kota Raja bagi menyerikan majlis tersebut.