Blogger Backgrounds

Pages

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran MPWK Bahagian Kota Raja telah berlangsung di Masjid Al-Munawarrah Seksyen 27, Shah Alam pada 09 Mac 2009. Majlis tersebut disambut meriah bersama-sama dengan masyarakat setempat dengan lebih dari 1000 yang hadir. Acara pertandingan perarakan dan sepanduk juga diadakan dan pelbagai lapisan masyarakat turut serta di dalam perarakan ini di sekitar kawasan tersebut.