Blogger Backgrounds

Pages

PENGURUSAN TERTINGGI PUTERI UMNO KOTA RAJA PENGGAL 2008-2011

"Selamat Pengantin Baru"

Pada 16 November 2008 yang lalu, telah berlangsungnya majlis persandingan saudari Wan Fasehah Burhanuddin (Penolong Setiausaha Puteri UMNO Kota Raja) bersama jejaka pilihan hatinya saudara Mohd Daud Mohd Yusop di perkarangan kediaman ayahanda beliau Encik Burhanuddin bin Said bertempat di Taman Sri Menegon, Klang. Sekalung tahniah dari kami beserta doa dan harapan semoga ikatan yang terjalin di antara dua (2) hati ini akan mekar harum hingga ke akhir hayat.


Kami juga ingin merakamkan sekalung tahniah buat saudari Siti Hawa Hj. Majid (Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Kota Raja) kerana telah bergelar isteri kepada saudara Mohamad Norazri Saberi pada 30 November 2008 di kediaman keluarga beliau yang bertempat di Kg. Perepat, Kapar. Kami mendoakan kebahagiaan yang abadi. Semai dan bajailah rasa cinta yang ditanam dilubuk sanubari dengan benih-benih kasih yang kian mekar.

Program Korban UMNO Kota Raja di kediaman rasmi Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tn Ir Hj Kamaruzzaman Johari

Sebanyak tiga (3) ekor lembu telah berjaya 'dikorbankan' sempena Hari Raya Aidiladha pada 8 Disember 2008 di kediaman rasmi Tuan Ir Hj Kamaruzzaman bin Johari, Ketua UMNO Bahagian pada jam 2.30petang bertempat di Kampung Sg. Kandis anjuran Biro Amal, Kebajikan & Sukan UMNO Bahagian Kota Raja. Berkat dari kerjasama serta gotong-royong yang melibatkan masyarakat setempat, Pemuda, Wanita dan Puteri UBKR, daging korban tersebut telah diagih-agihkan kepada semua yang hadir . Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua, Abdul Raof Mokhtar, Naib Ketua Wanita, Hjh. Siti Hasdiah Kamso, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin.
Kami rasa bersyukur kerana sudah pastinya selain mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, nikmat menyambut Hari Raya Aidiladha dapat dikongsi bersama-sama tidak kira golongan tua mahupun muda. Kami juga turut ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ir Hj Kamaruzzaman kerana difahamkan lebih 300 orang yang hadir dalam memeriahkan majlis.

Majlis Kunjung Hormat Puteri UBKR ke rumah Ketua Bahagian (Tn. Hj. Kamaruzzaman)

Majlis kunjung hormat dan ramah mesra Exco Puteri UMNO Kota Raja bersama Ketua Bahagian UBKR telah diadakan di kediaman beliau pada 2 Disember 2008 jam 8.00malam. Seramai 21 ahli Exco Puteri UBKR telah hadir bagi memeriahkan majlis. Dalam sesi suai kenal, Ketua Puteri UBKR iaitu Puan Suhaila binti Dato' Md. Zin telah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Tuan Haji Kamaruzzaman menerima kunjungan daripada kami ke perkarangan kediaman beliau. Diikuti dengan barisan exco yang hadir dengan memperkenalkan diri masing-masing.
Dalam kunjungan pertama kali ini, Tuan Haji Kamaruzzaman (yang juga lebih mesra dengan panggilan KJ) mengambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa perkara kepada ahli majlis yang hadir. Diantaranya adalah, beliau mengingatkan ahli majlis agar tidak leka ketika melaksanakan setiap amanah yang telah diberi dalam menghadapi senario politik masa kini apatah lagi untuk menghadapi PRU-13 akan datang. Sudah pastinya tanggungjawab yang digalas akan lebih mencabar dalam usaha menawan kembali hati rakyat terutamanya golongan belia. Dalam agenda kepimpinan beliau yang pertama ini, beliau turut menyatakan untuk membantu rakyat yang benar-benar miskin dan susah serta yang kurang upaya dan berharap agar barisan Puteri UBKR sama-sama membantu dan menyokong beliau dalam merealisasikan hasrat beliau.

Program Bacaan Yassin di rumah Saudari Umi

Pada 27 November 2008 jam 8.00 malam, Puteri UMNO Kota Raja telah ke rumah saudari Umi untuk bacaan Yassin. Beliau yang dikhabarkan tenat kerana mengidapi sakit kanser kelenjar yang mula dihidapinya sejak 5 tahun yang lalu. Difahamkan juga bahawa, saudari Umi dari cawangan Bukit Naga Barat merupakan seorang yang aktif semasa Pilihanraya Kecil di Ijok dan PRU-12. Walaupun beliau telah diserang sakit ketika itu, namun semangat juang dalam diri beliau tetap kental dan utuh. Doa kami agar saudari Umi sembuh semula dan berharap seluruh keluarga beliau sabar dalam mengharungi ujian Allah s.w.t. ini.

Mesyuarat Puteri UMNO Kota Raja Penggal 2008-2011


Mesyuarat pertama Puteri UMNO Kota Raja Penggal 2008-2011 telah diadakan pada 26 November 2008 yang lalu di Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja pada jam 8.30 malam. Dalam mesyuarat tersebut Ketua Puteri UMNO Kota Raja iaitu Puan Suhaila binti Dato' Md.Zin telah menyampaikan beberapa amanat daripada Ketua Bahagian UBKR kepada ahli mesyuarat dan turut mengumumkan senarai bagi pengurusan baru Puteri UMNO Kota Raja, lantikan Pengerusi Biro dan lantikan Penyelaras serta Ketua Zon Puteri bagi penggal ini serta menyerahkan surat lantikan. Berikut senarai Zon dalam Cawangan Puteri UBKR.

ZON-ZON DALAM CAWANGAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Dun Sri Andalas(N.49)
Penyelaras - Azizah binti Hj Saleh
(Cawangan Bukit Jati)

Zon 1
Ketua Zon Puteri

Norazmah Lily binti Shamsuddin
(Cawangan Sri Andalas)

Ketua Puteri Cawangan

1. Norazmah Lily binti Shamsudin (Cawangan Sri Andalas)
2. Nur Hidayah binti Omar
(Cawangan Taman Bukit Sri Andalas)
3. Fardiana
(Cawangan Lipat Kajang)
4. Noor Aidawaty binti Samuri
(Cawangan Batu Unjur)
5. Suhaila binti Dato' Md. Zin
(Cawangan Bukit Sri Siantan)
6. Siti Anis Liza binti Wahab
(Cawangan Sri Damak)
7. Rosainiza binti Nordin
(Cawangan Taman Sentosa)
8. Nik Fazlina
(Cawangan Taman Desawan)
9. Isfarizan
(Cawangan Fasa Dynasty)


Zon 2
Ketua Zon Puteri

Azah Khursyiah binti Hj Baharuddin
(Cawangan Shahbandaraya)

Ketua Puteri Cawangan
1. Roziyana binti Mohd Rais (Cawangan Kampong Jawa)
2. Norliza binti Ibrahim
(Cawangan Bandar Klang Selatan)
3. Azah Khursyiah binti Hj Baharuddin
(Cawangan Shahbandaraya)
4. Azlin binti Abd Wahab
(Cawangan Bukit Badak)
5. Nor Ashikin binti Abd Jalel
(Cawangan Kampong Dato' Dagang)
6. Azizah binti Hj Saleh
(Cawangan Bukit Jati)
7. Masni binti Itam
(Cawangan Jalan Raja Nong)
8. Azura binti Mohd Yusak
(Cawangan Sungai Jati)

Zon 3
Ketua Zon Puteri

Juliana binti Mat Salleh
(Cawangan Jalan Melayu Sungai Kandis)

Ketua Puteri Cawangan
1. Farizan binti Zainal
(Cawangan Telok Menegon)
2. Siti Noor Zihan binti Hanipah
(Cawangan Taman Maznah)
3. Fadzlizawati binti Mohd Akhir
(Cawangan Taman Sri Menegon)
4. NoorFaradila binti Tusirin
(Cawangan Taman Kandis Permai)
5. Juliana binti Mat Salleh
(Cawangan Jalan Melayu Sungai Kandis)
6. NorFhadhilah
(Cawangan Golden Villa)

Dun Sri Muda (N.50)
Penyelaras
- Fauziah binti Selamat
(Cawangan Kg. Baru Jalan Kebun)

Zon 4
Ketua Zon Puteri

Asmani binti Aminuddin
(Cawangan Taman Bukit Kemuning)

Ketua Puteri Cawangan
1. Farah Aqilah binti Datuk Abdul Razak
(Cawangan Bandar Kota Kemuning)
2. Asmani binti Aminuddin (Cawangan Taman Bukit Kemuning)
3. Zarina binti Shaharuddin (Cawangan Kota Kemuning)
4. Farahin binti Hj Mohd Jamil (Cawangan Bukit Naga Barat)
5. Rosida binti Mat Said (Cawangan Sri Gambut)
6. Siti Hajar (Cawangan Sri Gambut Timur)

Zon 5
Ketua Zon Puteri

Farawahida binti Wahid
(Cawangan Setia Sepakat)

Ketua Puteri Cawangan
1. Fauziah binti Selamat
(Cawangan Kg. Baru Jalan Kebun)
2. Jamaliah binti Iswan@Ridhuan
(Cawangan Sri Bakti)
3. Siti Halimah binti Mohd Khairi
(Cawangan Jalan Kebun Tengah)
4. Aniza binti Anuar
(Cawangan Jalan Kebun Barat)
5. Siti Rashidah binti Mat Som
(Cawangan Sri Sepakat)
6. Nurul Azmira
(Cawangan Jalan Kebun Timur)
7. Nurul Hiza binti Wahid
(Cawangan Johan Setia Utara)
8. Siti Normaya binti Ramli
(Cawangan Taman Setia)
9. Farawahida binti Wahid
(Cawangan Setia Sepakat)

Zon 6
Ketua Zon Puteri

Noorsuhaily binti Sulaiman
(Cawangan Sri Kilat)

Ketua Puteri Cawangan
1. Zaini binti Mohamad
(Cawangan Seksyen 27)
2. Siti Norhayati binti Abdullah
(Cawangan Sri Selayang 1. Seksyen 27)
3. Ernie Fadzleena binti Dato' Mustapa
(Cawangan Putra Height)
4. Julia Hasmidar binti Mohamad Joni
(Cawangan Bukit Lanchong Utara)
5. Norwati binti Ahmad Tamami
(Cawangan Kampong Baru Hicom)
6. Noorsuhaily binti Sulaiman
(Cawangan Sri Kilat)
7. Norasera binti Othman
(Cawangan Taman Sri Muda)
8. Siti Aisyah binti Mamat
(Cawangan Taman Sri Lembayung)

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan pada 26 Oktober 2008 yang lalu dengan jayanya dan dengan penuh gimik ini kerana pada hari tersebut merupakan detik-detik terakhir Ketua UMNO Bahagian Kota Raja iaitu Dato' Amzah bin Umar bersama kami kerana beliau telah melepaskan jawatannya dan ingin memberi peluang kepada kepimpinan yang baru dan lebih muda untuk mencetuskan ideologi yang lebih efektif dalam meneruskan dan mengharungi perjuangan ini.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan 'Bapa Perjuangan Kami' ini tidak akan kami lupakan. Kami turut merasa kehilangan dalam mengharungi cabaran dan dugaan kali ini, kerana pada tarikh tersebut juga seramai 7 orang ahli pergerakan Puteri kami, akan meneruskan perjuangan keramat ini dalam Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Raja. Kami berharap biar apa pun jua rintangan kita tetap akan harungi bersama-sama.