Blogger Backgrounds

Pages

PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN PELAJAR MISKIN, ANAK YATIM DAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)’

Puteri UMNO Bahagian Kota Raja mengucapkan sekalung tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja yang telah mengadakan ‘Program Penyerahan sumbangan Pelajar miskin, anak yatim dan orang kurang upaya(OKU)’ pada 24 Januari 2009 yang lalu .

Di dalam program tersebut, bantuan beg sekolah dan kupon barangan bata telah diberikan kepada 200 pelajar yang kurang berkemampuan, anak yatim dan pelajar kurang upaya dari seluruh Parlimen Kota Raja yang menduduki penggal persekolahan 2009 yang baru.

Semoga usaha dan perjuangan untuk membela dan meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa Melayu terutamanya di Parlimen Kota Raja ini tidaklah berhenti setakat itu sahaja walaupun kini sebagai pembangkang.

MESYUARAT BIRO KESASTRIAAN, BENCANA & SOSIAL PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Pada 20 Januari 2009 jam 8.30 malam, Puteri
UMNO Bahagian Kota Raja telah mengadakan Mesyuarat Biro Kesastriaan, Bencana dan Sosial yang pertama kali bagi penggal 2008-2011 di Bilik Mesyuarat UBKR. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Saudari Hasnah binti Hj Abdullah bertujuan memberi penerangan mengenai Definisi, Objektif, Misi dan Visi Biro.
Pengerusi turut
menjemput Encik Nasjaruddin bin Abd Kadir bagi memberi penjelasan dengan lebih terperinci lagi berkaitan penglibatan Puteri UMNO dalam Biro ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli mesyuarat kerana terpilih menjadi ahli jawatankuasa biro. Ahli mesyuarat juga diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan perancangan aktiviti tahunan yang ingin dan akan dilaksanakan. Di akhir mesyuarat ini, Pengerusi telah melancarkan tabung kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INSTITUT PENYELIDIKAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI), JALAN KEBUN.

Satu lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Jalan Kebun telah diadakan pada 08 Januari 2009 anjuran Biro Pertanian, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, UMNO Bahagian Kota Raja.

Seramai 80 orang peserta telah mengambil bahagian dan telah didedahkan kepada isu-isu pertanian, penemuan dan penyelidikan pertanian negara khusus kepada hasil penemuan pengeluaran bahan tanaman pisang secara Kultur Tisu, lawatan dan jualan benih tanaman. Di antara tempat tempat yang dilawati di stesen MARDI Jalan Kebun ini ialah, pusat pentadbiran, pusat pengeluaran benih tanaman pisang secara kultur tisu, pusat semaian dan pusat pameran produk rakan niaga MARDI.
Peserta juga di beri taklimat mengenai "Pemindahan dan Pengomersilan Teknologi Pertanian" dan "Pengeluaran Bahan Tanaman Pisang Secara Kultur Tisu" oleh Pengarah MARDI Negeri Selangor, Dr. Zainal Abidin dan Pengawai Unit Pengeluar Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Tanaman, Pn. Jaliyah Abu Bakar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi Biro, En. Moheyer Matsum yang telah berjaya menganjurkan lawatan ini. Turut hadir Ketua Puteri UMNO Kota Raja, Suhaila M.Zin dan Naib Puteri, Farahin Mohd Jamil,

-sumber dari Blog UMNO Bahagian Kota Raja-

BOIKOT ISRAEL!!

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut,
KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.



*Sumber rencana dipetik dari www.myadha.com

SUMBANGAN CENDERAHATI KEPADA JEMAAH HAJI BERSAMA PUTERI UMNO MALAYSIA

Puteri UMNO Bahagian Kota Raja telah bersama-sama menyertai Puteri UMNO Malaysia dalam Program Sumbangan Cenderahati kepada Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya pada 23 November 2008 yang lalu jam 8.30 malam.Majlis turut dihadiri oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato' Noraini Ahmad.

PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR ASYURA


Puteri UMNO Bahagian Kota Raja mengucapkan sekalung terima kasih kepada Puteri UMNO Cawangan Taman Sentosa di atas jemputan ke Majlis Pertandingan Memasak Bubur Asyura pada 11 Januari 2009 jam 9.00 pagi bertempat di perkarangan Masjid . Dianjurkan oleh Wanita Islam(W.I) dan Wanita UMNO bersama Puteri UMNO Cawangan Taman Sentosa dan tahniah kami ucapkan kepada para pemenang. Semoga acara tersebut dapat dianjurkan pada tahun-tahun yang akan datang dan menjadikan ianya sebagai acara tahunan.

MAJLIS BACAAN AL-QURAN 30 JUZUK BERSAMA PELAJAR SAMT HISAMUDDIN, KG JAWA, KLANG

Majlis bacaan Al-Quran 30 Juzuk telah diadakan di kediaman keluarga Saudari Azah Khursyiah binti Haji Baharuddin pada 15 Januari 2009 jam 8.00 malam. Anjuran Biro Agama Puteri UMNO Bahagian Kota Raja. Seramai 20 pelajar perempuan dan 20 pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar SAMT Hisamuddin, Kg. Jawa, Klang. Terima kasih kami ucapkan di atas kerjasama semua pihak dan juga kepada yang telah hadir bersama-sama menjayakan majlis ini.

MESYUARAT BIRO KESATRIAAN, BENCANA & SOSIAL UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA PENGGAL 2008-2011

Pada 13 Januari 2009, UMNO Bahagian Kota Raja telah mengadakan Mesyuarat Biro Kesastriaan, Bencana dan Sosial yang pertama kali bagi penggal 2008-2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Nasjaruddin bin Abd Kadir telah berlangsung dengan jaya dan seramai 16 orang ahli jawatankuasa biro telah hadir. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah pengesahan perlantikan ahli jawatankuasa biro dan pembentangan kertas kerja oleh Pengerusi, perbincangan penubuhan "Smart Squad" bencana alam serta aktiviti-aktiviti dan kalender sepanjang tahun 2009. Turut dibentangkan perkara-perkara berkaitan bidang tugas dan objektif Biro dan Visi. Antara okjektif yang perlu diberi perhatian adalah menerap semangat Nasionalisme dan Patriotisme, mengembalikan kegemilangan UMNO sebagai satu-satunya wadah pembela agama, bangsa dan Negara dan melatih ahli sebagai anggota penyelamat bencana alam. Pengerusi turut menyatakan harapan beliau terhadap penubuhan "Smart Squad UBKR" dengan sasaran seramai 100 orang ahli bagi sesi permulaan penubuhan ini dan dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dengan lebih mudah. Turut hadir bersama iaitu seramai 5 orang ahli Puteri yang terdiri daripada Saudari Hasnah Hj Abdullah(Pengerusi Biro), Saudari Mazni binti Nazahar, Saudari Rosainiza binti Nordin, Saudari Roshima binti Roslan dan Saudari Maizatul Nifira binti Arifin. Mereka juga merupakan tulang belakang dan harapan dalam menyuntik semangat dan mendekati belia juga masyarakat Kota Raja.

2 ORANG WAKIL PUTERI UMNO KOTA RAJA BERJUANG DI PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU P.36

Jutaan terima kasih dan tahniah di atas komitmen serta semangat juang oleh kedua orang wakil Puteri UMNO Bahagian Kota Raja iaitu Saudari Hamimah binti Aman Azahan dan Saudari Fadzlizawati binti Mohd Akhir ke Pilihan raya kecil Kuala Terengganu.Mereka telah berkampung di sana sejak 12 Januari 2009 yang lalu.Mereka juga telah dipertanggungjawabkan di Dun Ladang bagi mengawal selia program-program di sana.Menurut Saudari Hamimah bahang Pilihan raya kecil di Kuala Terengganu kian terasa dan perang poster semakin sengit ketika kempen pilihan raya hanya tinggal dua hari lagi.

GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA





















Pada 10 Januari 2009 bersamaan 13 Muharram 1430, Puteri UMNO Bahagian Kota Raja telah mengadakan program "Memasak bubur Asyura" di kediaman keluarga Puan Suhaila binti Dato' M. Zin(Ketua Puteri UMNO Kota Raja). Tujuan program ini adalah bagi memperingati peristiwa yang menimpa Nabi Noh a.s dan umatnya. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara
ahli Puteri UBKR sesama sendiri. Dalam program ini, sebanyak dua(2) kawah bubur Asyura telah dimasak dan diagih-agihkan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah Johan Setia, Institut Taufiq Islami Jalan Kebun dan Madrasah Darul Tahfiz Ummul Qura Jalan Kebun.

Hari Asyura (عاشوراء ) adalah hari ke-10 pada bulan Muharram dalam kalender Islam.Asyura bermaksud kesepuluh.Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

-Hari pertama Allah menciptakan alam.

-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

-Hari pertama Allah menurunkan hujan.

-Allah menjadikan 'Arasy.

-Allah menjadikan Luh Mahfuz.

-Allah menjadikan alam.

-Allah menjadikan Malaikat Jibril.

-Nabi Isa diangkat ke langit.



"MASIH RELEVANKAH ISA."









Pada 04 Januari 2009 yang lalu, kami (Puteri UMNO Bahagian Kota Raja bersama Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja)telah menghadiri forum yang telah dianjurkan Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech dengan topik hangat iaitu "Masih Relevankah ISA." Berikut petikan yang dipetik dari ruangan Bernama.com.

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih lagi relevan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat dengan majoriti rakyat mahu undang-undang pencegahan itu dikekalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Kalau itu yang dikehendaki oleh rakyat, suruh kita mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kita akan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi mengikut kita punya kajian, majoriti rakyat mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikekalkan," katanya semasa Majlis Bicara Tokoh: "Masih Relevankah ISA" anjuran Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech Ahad malam.

Syed Hamid juga berkata kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata kedudukan mereka yang melalui proses tahanan ISA tidak terjejas kerana mereka bukan tahanan jenayah bahkan pengalaman mereka semasa tahanan mematangkan mereka dan menjadikan mereka ahli-ahli politik yang berjaya.

"Jadi tidak ada perkara yang kita khuatir atau perlu berasa sebagai kerajaan 'apologetic' atau perlu minta maaf atas penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini," katanya.

Kebanyakan mereka yang menentang akta tersebut terdiri daripada mereka yang menggunakan alasan politik sebagai perjuangan mereka kerana akta berkenaan menyekat aspirasi politik mereka, kata Syed Hamid.

"Berapa ramai orang politik masih bawah ISA kalau dibandingkan jumlah keahlian orang politik dalam negara. Setakat hari ini kita ada 43 orang dalam tahanan di bawah ISA yang majoriti dianggap kumpulan pelampau Islam, kumpulan militan Islam ... kita tidak kira agama, kaum... kita hanya mementingkan keselamatan dalam negara.

"Bahkan kerajaan menahan lebih ramai orang Islam daripada orang bukan Islam kerana kerajaan berpendapat mereka boleh mendatangkan huru-hara kepada keamanan negara," katanya.

Syed Hamid berkata ada dua ancaman baru di Malaysia yang perlu dikawal dengan berhati-hati iaitu usaha-usaha melahirkan kebencian antara kaum dan agama dan kedua-dua unsur tersebut jika berlaku akan mendatangkan satu keadaan yang susah untuk dipulihkan.

Beliau juga berkata banyak negara jiran yang cemburukan Malaysia kerana mempunyai undang-undang pencegahan yang telah berjaya mengekang gerakan terorisme yang melampaui sempadan selepas tragedi 11 Sept dan dengan adanya ISA, kejadian-kejadian seperti rusuhan di Thailand dan serangan pengganas di Mumbai dapat dicegah daripada meletus.

Sementara itu, seorang bekas tahanan ISA selama dua tahun, Lokman Noor Adam yang turut memberi ceramah pada malam itu berkata terdapat usaha di kalangan tahanan politik di Kem Kamunting untuk memomok-momokkan akta ini.

Beliau turut menafikan kononnya tahanan ISA tidak diberi makanan yang cukup kerana semasa beliau ditahan dahulu, pihak kem setiap pagi menyediakan makanan yang "cukup nikmat" kepadanya.

"Dia akan bagi roti satu bantal, jem strawberi, nenas, planta dan sebagainya. Bak kata orang, kalau kita makan ni tuan-tuan, puan-puan, sah kita gemuk," katanya.

Lokman berkata beliau hilang berat badan sebanyak 21kg dalam tempoh enam bulan dalam tahanan bukan disebabkan tidak mendapat makanan yang cukup tetapi sebaliknya kerana beliau sendiri yang memilih untuk tidak menjamah makanan yang disediakan, dan sebaliknya hanya memakan biskut tawar bersama minuman Horlicks setiap pagi sebelum bersenam sehingga berat badannya susut.

-- BERNAMA

BENGKEL PELAN TINDAKAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA 2009