Blogger Backgrounds

Pages

Program Korban UMNO Kota Raja di kediaman rasmi Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tn Ir Hj Kamaruzzaman Johari

Sebanyak tiga (3) ekor lembu telah berjaya 'dikorbankan' sempena Hari Raya Aidiladha pada 8 Disember 2008 di kediaman rasmi Tuan Ir Hj Kamaruzzaman bin Johari, Ketua UMNO Bahagian pada jam 2.30petang bertempat di Kampung Sg. Kandis anjuran Biro Amal, Kebajikan & Sukan UMNO Bahagian Kota Raja. Berkat dari kerjasama serta gotong-royong yang melibatkan masyarakat setempat, Pemuda, Wanita dan Puteri UBKR, daging korban tersebut telah diagih-agihkan kepada semua yang hadir . Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua, Abdul Raof Mokhtar, Naib Ketua Wanita, Hjh. Siti Hasdiah Kamso, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin.
Kami rasa bersyukur kerana sudah pastinya selain mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, nikmat menyambut Hari Raya Aidiladha dapat dikongsi bersama-sama tidak kira golongan tua mahupun muda. Kami juga turut ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ir Hj Kamaruzzaman kerana difahamkan lebih 300 orang yang hadir dalam memeriahkan majlis.