Blogger Backgrounds

Pages

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BIRO KEAHLIAN PUTERI UMNO UBKR

Pada 25 Februari 2009 jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat, UMNO Bahagian Kota Raja, Kota Kemuning, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Biro Keahlian telah dijalankan dan seramai 24 orang ahli puteri yang terdiri daripada Ketua-ketua Puteri Cawangan dan turut hadir bersama barisan Exco Puteri UMNO Bahagian Kota Raja termasuk Pengerusi Biro Keahlian, Puan Farahin Mohd Jamil dan Naib Pengerusi Biro, Puan Fauziah Selamat. Pada mesyuarat tersebut, Ketua-Ketua Puteri Cawangan telah diberi taklimat dan penerangan beberapa perkara berkaitan keahlian Puteri di dalam sesebuah cawangan. Pengerusi turut memohon Ketua Puteri cawangan agar memberi kerjasama dalam penyemakkan senarai ahli cawangan.