Blogger Backgrounds

Pages

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA BIL 3/09 DAN LAWATAN KEPIMPINAN PUTERI UMNO SELANGOR KE UBKR

Mesyuarat jawatankuasa Puteri UBKR telah diadakan di bilik mesyuarat UBKR pada 03 Jun 2009 (Rabu) jam 8.30 malam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Farahin selaku Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Raja mewakili Puan Suhaila yang akan hadir bersama barisan kepimpinan Puteri UMNO Selangor dalam Program Turun Padang Puteri Selangor.

Antara agenda yang dibincangkan pada malam tersebut adalah Mesyuarat Perwakilan Cawangan dan Puteri, jadual Persidangan dan pembentangan laporan-laporan biro.

Sekali lagi sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Suhaila binti Dato' M.Zin yang telah dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Selangor dan kehadiran barisan kepimpinan Puteri UMNO Selangor tempoh hari amat kami hargai dan terima kasih.