Bengkel Pemantapan Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 15 hingga 17 Mei 2009.
Diserikan lagi dengan majlis makan malam dan acara memotong pulut kuning sempena UMNO 63 tahun turut sama-sama diraikan dengan penuh kesyukuran serta acara penyampaian hadiah kepada peserta.
Semoga pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang bengkel ini, dapat memberi penambahbaikan dalam memantapkan lagi bahagian kepimpinan UBKR.











