Blogger Backgrounds

Pages

MANIFESTO BN-"JAMINKAN MASA DEPAN ANDA DENGAN BN"

Barisan Nasional (BN) telah melancarkan manifesto yang bertemakan "Jaminkan Masa Depan Anda Dengan BN".

Manifesto tersebut mengandungi 9 perkara iaitu:

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.

3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.

4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.

5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.

6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.

7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.

8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Pelancaran itu diumumkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika menghadiri majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Dewan MUC, Kampung Nyabur Jalan Kampung Bandung pada hari ini, bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Sumber:Berita Harian Online.