Blogger Backgrounds

Pages

YANG DIUSAHAKAN TIDAK DAPAT, YANG ADA PUN HILANG

BILA DIFIKIRKAN, APA AGENDA PAKATAN RAKYAT SEBENARNYA?ADAKAH BERPAKAT NAK BELA RAKYAT?ATAU BERPAKAT NAK NAIKKAN KETUA MEREKA?HABUAN APA MEREKA NANTIKAN KALAU KETUA MEREKA ITU DAPAT MENGETUAI NEGARA MALAYSIA?

MACAM-MACAM SAYA FIKIRKAN. NAH! YANG TERBARU DI PERAK. ADUN BOTA YANG MELOMPAT PARTI KE PARTI PEMBANGKANG KEMBALI SEMULA PADA UMNO?PELIK...KELAKAR...DAN BUANG MASA RAKYAT!!!ADA KE BN AMBIL TINDAKAN?TAPI KENAPA BILA MANA TERHANTUK PADA BATANG HIDUNG SENDIRI, MACAM-MACAM DIKATAKAN. ADA YANG KATA ADUN BOTA TU KENA CULIK?ADUN BOTA TU KENA UGUT?DIPAKSA?MACAM-MACAM YANG DIPERKATAKAN OLEH ORANG KUAT PAS DI PERAK NI. TAK CUKUP LAGI, DAP PULA NAK AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

KENAPA WAKTU BN MEMERINTAH DULU, TENTERAM RAKYAT. KERANA ADANYA PEMBANGKANG YANG MENGGUNAKAN RAKYAT SEBAGAI ORANG TENGAH DEMI KEPENTINGAN PERJUANGAN PERIBADILAH, MAKA MINDA RAKYAT DIRACUNI.
RAKYAT PULA TERPENGARUH.

PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT DI PERAK TAK UBAH SEPERTI KATA PEPATAH "GELANG DI TANGAN ORANG HENDAK DIRAMPAS TIDAK DAPAT, CINCIN DI JARI SENDIRI TERCABUT HILANG."