Blogger Backgrounds

Pages

CUBA BANDINGKAN MANIFESTO BN DAN PR SARAWAK

Tengok tu, pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS, bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto ‘Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.’.

MOTTO JE DAH GEMPAKKKKKKKKK.....BUKAN KE DAULAT TUANKU....ADA YER DAULAT RAKYAT??ERM...BAIKLAHHHHHHH....CUBA KORANG BANDINGKAN APA SAJA YANG HEBAT PASAL MANIFESTO THEY ALL TUU....erm....

Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.


NAMPAK TAK...???KENAPA PR NI TAK HABIS-HABIS NAK BAGI MANIFESTO YANG BERUNSURKAN HASUTAN....YOU ALL ADA NAMPAK KE BN PUNYA MANIFESTO KAT BWH TUUUUUUUUU...ADA KE TAKDA KE HASUT-HASUT????

HAA....YANG ORANG SARAWAK NI, YANG MAKAN CAKAP SI PR TU..PERCAYA LAH NANTI TU....HAISH...JANGAN TERPENGARUH WEI...FIKIR DULU YER....OK...DAAAAAAAAAAAA....

SUMBER:http://www.keadilandaily.com/manifesto-pakatan-rakyat-sarawak-tawar-10-perubahan/

MANIFESTO BN-"JAMINKAN MASA DEPAN ANDA DENGAN BN"

Barisan Nasional (BN) telah melancarkan manifesto yang bertemakan "Jaminkan Masa Depan Anda Dengan BN".

Manifesto tersebut mengandungi 9 perkara iaitu:

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.

3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.

4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.

5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.

6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.

7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.

8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Pelancaran itu diumumkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika menghadiri majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Dewan MUC, Kampung Nyabur Jalan Kampung Bandung pada hari ini, bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Sumber:Berita Harian Online.

PILIHANRAYA KE-10 SARAWAK-16 April 2011

Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak (Dun) Ke-10 kali ini, menyaksikan jumlah calon yang paling ramai bertanding iaitu seramai 213 calon dan akan bertanding pada 16 April 2011 di 1,749 pusat pengundian.

Parti mana yang akan menerajui Negeri Sarawak??Bermula kempen selama 10hari ini, kita akan saksikan pelbagai ragam parti yang bertanding. Menang atau kalah, semua terletak di tangan pengundi.

Mampukah Pakatan Rakyat merealisasikan hasrat mereka untuk menggondol tampuk pimpinan di Negeri Sawarak??Sama-sama kita nantikan..

Berikut Dibawah ini senarai nama calon yang bertanding Pilihanraya Sarawak 2011


N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)


2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)


3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)


Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,217 Majoriti: 2,164


N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942


1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)


2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)


Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,365 Majoriti: 2,488


N08: SATOK: SARAWAK: 10,431


1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)

2. Ahmad Nazib Johari (PKR)


Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,222 Majoriti: 2,798


N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576


1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)


2. Wong King Wei (DAP)


3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)


Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR) Undi diperolehi: 8,002 Majoriti: 1,417


N010: PENDING: SARAWAK: 29,488


1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)

2. Violet Yong (DAP)


Penyandang: Violet Yong (DAP) Undi diperolehi: 11,632 Majoriti: 4,372


N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833


1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)

2. See Chee How (PKR)

3. Soo Lina (Bebas)


Penyandang: Voon Lee Shan (DAP) Undi diperolehi: 8,806 Majoriti: 3,407


N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745


1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)


2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)


3. Simoi Peri (BN-PBB)


Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,245 Majoriti: 1,870


N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891


1. Abdullah Saidol (BN-PBB)


2. Ong Chung Siew (PKR)


3. Ajiji Fauzan (Bebas)


Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,479 Majoriti: 3,226


N039: REPOK: SARAWAK: 18,481


1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)


2. Dr Wong Hua Seh (DAP)


Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,502 Majoriti: 576


N040: MERADONG: SARAWAK: 15,337


1. Ling Kie King (BN-SUPP)


2. Ting Tze Fui (DAP)


Penyandang: Ting Tze Fui (DAP) Undi diperolehi: 5,990 Majoriti: 3,578


N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274


1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)


2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)


Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,138 Majoriti: 1,763


N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926


1. Hii Tiong Huat (Bebas)

2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)

3. Wong Ho Leng (DAP)


Penyandang: Wong Ho Leng (DAP) Undi diperolehi: 10,380 Majoriti: 4,751


N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743


1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)


2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)


Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,804 Majoriti: 2,504


N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808


1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)


2. David Wong Kee Woan (DAP)


Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,375 Majoriti: 263


N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197


1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)

2. Norisham Mohamed Ali (PKR)


Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,202 Majoriti: 4,815


N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792


1. Suriati Abdullah (PKR)


2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)


3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)


Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 5,726


N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244


1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)


2. Mengga ak Mikui (PKR)


Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,639 Majoriti: 2,377


N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322


1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)

2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)

3. George ak Lagong (Bebas)


Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,965 Majoriti: 3,239


N056: BALEH: SARAWAK: 11,287


1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)

2. Bendindang ak Manjah (PKR)


Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,330 Majoriti: 4,802


N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225


1. Chiew Chiu Sing (DAP)


2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)


Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP) Undi diperolehi: 8,517 Majoriti: 1,664


N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600


1. Ling Sie Kiong (DAP)

2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)


Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,573 Majoriti: 3,918


N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432


1. Michael Teo Yu Keng (PKR)

2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)


Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,173 Majoriti: 4,799


N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093


1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)


2. Michael Ding Tuah (Bebas)


3. Gerang ak Dagom (PKR)


4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)


Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,954 Majoriti: 4,284


N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623


1. Harrison Ngau Laing (PKR)


2. Kebing Wan (SNAP)


3. Jok Ding (Bebas)


4. Dennis Ngau (BN-PBB)


Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,593 Majoriti: 2,771


N070: BA’KELALAN: SARAWAK: 6,958


1. Baru Bian (PKR)


2. Willie Liau (BN-SPDP)


Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP) Undi diperolehi: 2,064 Majoriti: 475


N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983


1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)


2. Japar Suyut (PKR)


Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,596 Majoriti: 5,275

Sumber : Malaysiakini.com

Lagu UMNO DI HINA....!!

Program Kebajikan~Dekat Di Hati

Program Kebajikan~Dekat Di Hati~anjuran Biro Amal Kebajikan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja bersama Biro Sukarelawan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada 21hb Mac 2010(Ahad),jam 8.30pagi bertempat di Rumah OKU Kampung Jalan Kebun Klang & Surau Sri Damak,Taman Sri Andalas.Selamat beramal-tq

JEMPUTAN MAJLIS BAKAL HAJI KOTA RAJA

WANITA UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA AKAN MENGANJURKAN
MAJLIS BAKAL HAJI KAWASAN KOTA RAJA
PADA 18 OKTOBER 2009 JAM 6.30 PETANG
BERTEMPAT DI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA
SOLAT MAGHRIB, BACAN YASIN TAHLIL, SOLAT ISYAK &
SEDIKIT TAZKIRAH OLEH USTAZ DR. HJ KAMAL MOHAMAD, MANTAN
PENGURUS BESAR TABUNG HAJI.

JEMPUTAN JAMUAN RAYA UMNO SRI DAMAK

TUAN/PUAN DIJEMPUT KE MAJLIS JAMUAN RAYA DI DEWAN UMNO SRI DAMAK
PADA 18 OKTOBER 2009
JAM 8:00 MALAM HINGGA 12:00 MALAM
KEHADIRAN BERSAMA KELUARGA DIALU-ALUKAN

MAJLIS RUMAH TERBUKA UMNO CAWANGAN BUKIT BADAK

UMNO Cawangan Bukit Badak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada 11 Oktober 2009 jam 8.30malam bertempat di Dewan UMNO Bukit Badak.
Sekian, dimaklumkan.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PUTERI BAHAGIAN BERSAMA UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Majlis Sambutan Hari Raya Puteri UMNO Bahagian Kota Raja akan diadakan bersama-sama UMNO Bahagian Kota Raja bertempat di Pejabat UBKR Kota Kemuning pada 10 Oktober 2009 antara jam 2 petang hingga 5 petang.

PROGRAM BARAAN PUTERI UBKR

Puteri UMNO bahagian Kota Raja telah mengadakan Program Baraan ke rumah Exco-exco Puteri. Antaranya ialah rumah Saudari Juliana dan Saudari Mazni pada 29 September 2009 yang lalu dan yang terbaru pada 07 Oktober 2009 di rumah Saudari Azizah, Saudari Fiza dan Saudari Fauziah.
Selaku wakil Puteri UMNO Bahagian Kota Raja, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Program Baraan ini, diteruskan lagi pada malam ini(08 Oktober) di rumah Saudari Farahin dan Saudari Farah Aqila.
Sebagai makluman, Rumah Terbuka UMNO Bahagian Kota Raja akan diadakan pada 10 Oktober 2009.

Sekia, dimaklumkan.


PROGRAM JOM CARI KERJA
















JEMPUT KE CERAMAH ISU-ISU SEMASA

JEMPUT KE CERAMAH ISU-ISU SEMASA ANJURAN CAWANGAN ZON 10 JOHAN SETIA UBKR PADA 09 OGOS 2009 JAM 8.30 MALAM DI DEWAN UMNO TAMAN SETIA. PENCERAMAH JEMPUTAN ADALAH ENCIK LOKMAN ADAM EXCO PEMUDA MALAYSIA DAN USTAZ KAMAL SAIDIN PENCERAMAH UMNO MALAYSIA.

JEMPUT KE MINI KARNIVAL "APA KHABAR ORANG KAMPUNG"

JEMPUT KEPADA SEMUA UNTUK MERAMAIKAN PROGRAM MINI KARNIVAL "APA KHABAR ORANG KAMPUNG" PADA 09 OGOS 2009 ( AHAD), BERMULA JAM 8.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG BERTEMPAT DI DEWAN MBSA KG.SUNGAI KANDIS., KLANG.

MEMORANDUM KEPADA DATUK SHAH ALAM

MEMORANDUM KEPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DENGAN MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA MBSA YANG MENGAMBIL TINDAKAN MERAMPAS PENJUALAN ARAK DI KAWASAN MELAYU HARI INI (07 OGOS 2009) JAM 3 PETANG DI RUANG LEGAR MBSA.

SAMA-SAMALAH KITA MEMBERI SOKONGAN DARI SEGI DOA DAN SEBAGAINYA, DAN SEMOGA MELAYU INI TIDAK TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI.

"JOM CARI KERJA"


TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UBKR


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA KERANA TELAH BERJAYA MENJALANKAN MESYUARAT PERWAKILAN PADA 01 OGOS 2009 YANG LALU.

LATIHAN PERBARISAN SMART SQUAD

Latihan perbarisan untuk ahli Smart Squad akan dijalankan pada 31 Julai 2009(Jumaat) jam 8:30 malam di ADTEC.

Semua anggota diminta hadir dan pakaian T-shirt kuning dan beret.
Sekian, harap maklum.

MESYUARAT "JOM CARI KERJA"

Mesyuarat Program "Jom Cari Kerja" akan diadakan pada 29 Julai 2009 (Rabu) jam 8:45 malam bertempat di Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja.

Mohon perhatian kepada semua Ahli Jawatankuasa untuk hadir bagi menjayakan program yang akan dilaksanakan.
Harap Maklum.

UCAPAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN AHLI KELUARGA BARU

Ucapan sekalung tahniah buat saudari Wan Fasehah(S/U Puteri UBKR) sekeluarga di atas kelahiran bayi perempuan beliau.

Dikhabarkan beliau telah selamat melahirkan bayi secara normal.

Tahniah sekali lagi dari kami warga Puteri UMNO Bahagian Kota Raja yang lain.