Blogger Backgrounds

Pages

Program Bacaan Yassin di rumah Saudari Umi

Pada 27 November 2008 jam 8.00 malam, Puteri UMNO Kota Raja telah ke rumah saudari Umi untuk bacaan Yassin. Beliau yang dikhabarkan tenat kerana mengidapi sakit kanser kelenjar yang mula dihidapinya sejak 5 tahun yang lalu. Difahamkan juga bahawa, saudari Umi dari cawangan Bukit Naga Barat merupakan seorang yang aktif semasa Pilihanraya Kecil di Ijok dan PRU-12. Walaupun beliau telah diserang sakit ketika itu, namun semangat juang dalam diri beliau tetap kental dan utuh. Doa kami agar saudari Umi sembuh semula dan berharap seluruh keluarga beliau sabar dalam mengharungi ujian Allah s.w.t. ini.