Blogger Backgrounds

Pages

JEMPUTAN MAJLIS BAKAL HAJI KOTA RAJA

WANITA UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA AKAN MENGANJURKAN
MAJLIS BAKAL HAJI KAWASAN KOTA RAJA
PADA 18 OKTOBER 2009 JAM 6.30 PETANG
BERTEMPAT DI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA
SOLAT MAGHRIB, BACAN YASIN TAHLIL, SOLAT ISYAK &
SEDIKIT TAZKIRAH OLEH USTAZ DR. HJ KAMAL MOHAMAD, MANTAN
PENGURUS BESAR TABUNG HAJI.

JEMPUTAN JAMUAN RAYA UMNO SRI DAMAK

TUAN/PUAN DIJEMPUT KE MAJLIS JAMUAN RAYA DI DEWAN UMNO SRI DAMAK
PADA 18 OKTOBER 2009
JAM 8:00 MALAM HINGGA 12:00 MALAM
KEHADIRAN BERSAMA KELUARGA DIALU-ALUKAN

MAJLIS RUMAH TERBUKA UMNO CAWANGAN BUKIT BADAK

UMNO Cawangan Bukit Badak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada 11 Oktober 2009 jam 8.30malam bertempat di Dewan UMNO Bukit Badak.
Sekian, dimaklumkan.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PUTERI BAHAGIAN BERSAMA UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Majlis Sambutan Hari Raya Puteri UMNO Bahagian Kota Raja akan diadakan bersama-sama UMNO Bahagian Kota Raja bertempat di Pejabat UBKR Kota Kemuning pada 10 Oktober 2009 antara jam 2 petang hingga 5 petang.

PROGRAM BARAAN PUTERI UBKR

Puteri UMNO bahagian Kota Raja telah mengadakan Program Baraan ke rumah Exco-exco Puteri. Antaranya ialah rumah Saudari Juliana dan Saudari Mazni pada 29 September 2009 yang lalu dan yang terbaru pada 07 Oktober 2009 di rumah Saudari Azizah, Saudari Fiza dan Saudari Fauziah.
Selaku wakil Puteri UMNO Bahagian Kota Raja, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Program Baraan ini, diteruskan lagi pada malam ini(08 Oktober) di rumah Saudari Farahin dan Saudari Farah Aqila.
Sebagai makluman, Rumah Terbuka UMNO Bahagian Kota Raja akan diadakan pada 10 Oktober 2009.

Sekia, dimaklumkan.


PROGRAM JOM CARI KERJA
















JEMPUT KE CERAMAH ISU-ISU SEMASA

JEMPUT KE CERAMAH ISU-ISU SEMASA ANJURAN CAWANGAN ZON 10 JOHAN SETIA UBKR PADA 09 OGOS 2009 JAM 8.30 MALAM DI DEWAN UMNO TAMAN SETIA. PENCERAMAH JEMPUTAN ADALAH ENCIK LOKMAN ADAM EXCO PEMUDA MALAYSIA DAN USTAZ KAMAL SAIDIN PENCERAMAH UMNO MALAYSIA.

JEMPUT KE MINI KARNIVAL "APA KHABAR ORANG KAMPUNG"

JEMPUT KEPADA SEMUA UNTUK MERAMAIKAN PROGRAM MINI KARNIVAL "APA KHABAR ORANG KAMPUNG" PADA 09 OGOS 2009 ( AHAD), BERMULA JAM 8.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG BERTEMPAT DI DEWAN MBSA KG.SUNGAI KANDIS., KLANG.

MEMORANDUM KEPADA DATUK SHAH ALAM

MEMORANDUM KEPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DENGAN MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA MBSA YANG MENGAMBIL TINDAKAN MERAMPAS PENJUALAN ARAK DI KAWASAN MELAYU HARI INI (07 OGOS 2009) JAM 3 PETANG DI RUANG LEGAR MBSA.

SAMA-SAMALAH KITA MEMBERI SOKONGAN DARI SEGI DOA DAN SEBAGAINYA, DAN SEMOGA MELAYU INI TIDAK TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI.

"JOM CARI KERJA"


TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UBKR


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA KERANA TELAH BERJAYA MENJALANKAN MESYUARAT PERWAKILAN PADA 01 OGOS 2009 YANG LALU.

LATIHAN PERBARISAN SMART SQUAD

Latihan perbarisan untuk ahli Smart Squad akan dijalankan pada 31 Julai 2009(Jumaat) jam 8:30 malam di ADTEC.

Semua anggota diminta hadir dan pakaian T-shirt kuning dan beret.
Sekian, harap maklum.

MESYUARAT "JOM CARI KERJA"

Mesyuarat Program "Jom Cari Kerja" akan diadakan pada 29 Julai 2009 (Rabu) jam 8:45 malam bertempat di Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja.

Mohon perhatian kepada semua Ahli Jawatankuasa untuk hadir bagi menjayakan program yang akan dilaksanakan.
Harap Maklum.

UCAPAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN AHLI KELUARGA BARU

Ucapan sekalung tahniah buat saudari Wan Fasehah(S/U Puteri UBKR) sekeluarga di atas kelahiran bayi perempuan beliau.

Dikhabarkan beliau telah selamat melahirkan bayi secara normal.

Tahniah sekali lagi dari kami warga Puteri UMNO Bahagian Kota Raja yang lain.

MAJLIS & CERAMAH ISRAK MIKRAJ, DAN PERHATIAN KEPADA AJK BIRO & SEMUA ANGGOTA SMART SQUAD

WANITA UMNO BAHAGIAN AKAN MENGANJURKAN MAJLIS & CERAMAH ISRAK MIKRAJ DI DEWAN UBKR KOTA KEMUNING JAM 6.30 PETANG PADA 23 JULAI 2009. SOLAT MAGHRIB DAN BACCAN YASSIN/TAHLIL JUGA AKAN DIJALANKAN DI DEWAN TERSEBUT.

AJK BIRO & SEMUA ANGGOTA SMART SQUAD DIMINTA HADIR AWAL BAGI MEMBANTU PENYEDIAAN MAJLIS.

PROGRAM BANTERAS RAGUT DAN ROGOL

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan menganjurkan Program Banteras Ragut dan Rogol di Dataran Merdeka pada 25 Julai 2009(Sabtu).

Puteri UMNO Bahagian Kota Raja dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan program tersebut. Bagi yang telah mengesahkan kehadiran kepada Puan Wan Fasehah sila berkumpul di UBKR jam 6.00 pagi dengan menaiki bas. Sebarang pertanyaan lanjut hubungi Puan Wan Fasehah.

PROGRAM TEKNIK MEMPELAJARI AL-QURAN

Program Seminar Teknik Mempelajari Al-Quran oleh Ybhg Imam Paduka Tuan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rashid bin Al-Mahful maklumat seperti berikut:-

Tarikh: 26hb Julai 2009( Ahad),
Pndaftaran 8.00pagi
Tempat di Dewan UMNO Bahagian Kota Raja,
Yuran Pndaftaran:RM10.00
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Saudari Azah di talian 019 2440329

PROGRAM BIRO PENERANGAN UBKR

BIRO PENERANGAN UBKR AKAN MENGADAKAN PROGRAM BENGKEL SEHARI "MARI BERHUJAH": TEKNIK UCAPAN DAN PENERANGAN POLITIK SEMASA PADA 18 DAN 19 JULAI 2009 BERTEMPAT DI ADTEC, BUKIT KEMUNING JAM 8.30 PAGI.
KETUA-KETUA PENERANGAN CAWANGAN 4 BADAN, JUGA DIJEMPUT.

TETAMU PADA PROGRAM TERSEBUT IALAH SAUDARA LOKMAN ADAM, PEMUDA UMNO MALAYSIA DAN M. ZAIDI DARIPADA JASA.
PROGRAM TERSEBUT AKAN DIRASMIKAN OLEH KETUA BAHAGIAN UBKR.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM KERJAYA "JOM CARI KERJA" 2009 BIL 2

SEMALAM ( 14 JULAI 2009 ) TELAH DIADAKAN MESYUARAT AJK PELAKSANA UNTUK PROGRAM KERJAYA "JOM CARI KERJA" 2009 BIL 2 BERTEMPAT DI DEWAN DATO' AMZAH, UBKR JAM 8:30 MALAM.

MESYUARAT TERSEBUT YANG TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH SAUDARA JOESRY SYAHIWAN BIN MANSOR ANTARANYA MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN GERAK KERJA PERSIAPAN DAN TEKNIKAL PROGRAM TERSEBUT.

"JOM CARI KERJA"


Meh Ramai-Ramai ke Program “Jom Cari Kerja”

Pada: 09 Ogos 2009 ( Ahad )

Tempat : Fasiliti Auditorium, Ruang Foyer, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC),

Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Bukit Kemuning,

Seksyen 34. Shah Alam.

Masa : 09:00 Pagi-5:00 Petang

Anjuran: Pemuda UMNO Kota Raja, Puteri UMNO Kota Raja dan My Event Sdn. Bhd.

Sila Bawa Bersama Resume, Sijil Asal dan Salinan, Gambar Passport Untuk Temuduga.

Jangan Lepaskan Peluang Ini Bagi Yang Masih Menganggur, Yang Telah Diberhentikan Kerja Mahupun Yang Memang Merancang Untuk Mencari Pengalaman Kerja Yang Lebih Baik.

Maklumlah Dengan Ekonomi,

So, Apa Tunggu Lagi? Hanya Hadir dan Tidak Perlu Nak Ke Sana Ke Mari Mencari Kerja…

Disertakan alamat dan peta lokasi.

JEMPUTAN KE MESYUARAT PERSIDANGAN CAWANGAN BUKIT NAGA BARAT

JEMPUT HADIR KE MESYUARAT PESIDANGAN CAWANGAN BUKIT NAGA BARAT PADA 21 JUN 2009 (AHAD) JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI BILIK GERAKAN UMNO CAWANGAN BUKIT NAGA BARAT.

JEMPUTAN KE MESYUARAT PERSIDANGAN CAWANGAN BANDAR KOTA KEMUNING

JEMPUT HADIR KE MESYUARAT PESIDANGAN CAWANGAN BANDAR KOTA KEMUNING (UB2K)
PADA 21 JUN 2009 (AHAD) JAM 10 PAGI
BERTEMPAT DI BILIK DANAU 3, KOTA PERMAI GOLF CLUB KOTA KEMUNING.

Sikap Nizar wajar dinilai rakyat: Zambry


KAMPAR: Tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pada majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat, kelmarin wajar dinilai sendiri oleh rakyat Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu adalah satu peratus daripada tingkah laku sebenar yang ditunjuk Mohammad Nizar terutama semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei alu.

"Banyak pihak menghubungi saya bertanya dan menyatakan rasa terkejut mereka dengan sikap dan kelakuan (Mohammad) Nizar pada majlis itu dan mahu mengetahui sikap sebenar (Mohammad) Nizar.

"Jawapan saya kepada mereka mudah...Perangai dia (Mohammad Nizar) di Dewan Rakyat itu hanya satu peratus saja, itu pun orang ramai sudah terkejut," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Kampar, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis "Bubar DUN" pada songkoknya.

Beliau juga melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" (Perak) sebaik mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen terbabit.

Zambry berkata, beliau bersimpati dengan pengundi di Bukit Gantang yang menyokong Mohammad Nizar pada pilihan raya kecil 7 April lalu kerana mereka sudah pasti meletakkan harapan agar wakil rakyat mereka melaksanakan tugas sebagai Ahli Parlimen.

"Ini tidak, belum apa-apa lagi selepas menandatangani surat sebagai Ahli Parlimen terus buat perangai...jadi susahlah bagaimana dia nak laksanakan tugas dia sebagai Ahli Parlimen," katanya. - Bernama

INFO TERKINI

PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA AKAN MEMBUAT LAWATAN DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH(HTAR), KLANG PADA 16 JUN 2009 (SELASA) JAM 5.30PETANG UNTUK MELAWAT SAUDARI JAJA. SILA BERKUMPUL DI HTAR KEPADA YANG INGIN BERSAMA-SAMA TURUT SERTA.
UNTUK MAKLUMAN SAUDARI JAJA DITEMPATKAN DI WAD 2A-KATIL 27.
SAMA-SAMALAH KITA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN BELIAU.
SEKIAN, HARAP MAKLUM

PROGRAM TURUN PADANG KETUA PUTERI UMNO NEGERI SELANGOR KE BAHAGIAN KELANA JAYA

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PUAN FADILAH DAN KELUARGA

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PUAN FADILAH DAN BEBERAPA GAMBAR DI TEMPAT KEJADIAN.

SEKIRANYA MASIH ADA PUTERI-PUTERI CAWANGAN YANG INGIN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN SILA BERHUBUNG DENGAN PUAN LILY-PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA ATAU DIRECTLY EMAIL KEPADA ryszman_2607@yahoo.com MAKLUMAT ANDA UNTUK DIHUBUNGI.


PROGRAM TURUN PADANG KETUA PUTERI UMNO NEGERI SELANGOR KE BAHAGIAN KOTA RAJA

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN EXCO PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

DIJEMPUT KEPADA SEMUA UNTUK HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN SAUDARI SUHAILY @ INTAN PADA 28 JUN 2009 ( AHAD ) BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR, SEKSYEN 7, SHAH ALAM BERMULA DARI JAM 11 PAGI HINGGA 4 PETANG.

SEMOGA DENGA KEHADIRAN TUAN/PUAN DAPAT MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PERKAHWINAN INI.

SEKIAN, DIMAKLUMKAN.

INFO DARI PENGERUSI BIRO KESASTRIAAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

INFO PENTING

WANITA UNMO CAWANGAN LIPAT KAJANG, PUAN FADHILAH TELAH DITIMPA MALANG, DI MANA RUMAH BELIAU TELAH TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN KEBAKARAN YANG MENYEBABKAN HAMPIR KESELURUHAN ISI RUMAH TERBAKAR. KEJADIAN TELAH BERLAKU PADA 04 JUN 2009.

KITA SEBAGAI PUTERI PRIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB SERTA DIPILIH SEBAGAIAHLI SMART SQUAD DAN AHLI BIRO KESASTRIAAN DIMINTA TURUT SERTA MEMBANTU MEMBERSIHKAN RUMAH BELIAU PADA MASA DAN TARIKH YANG AKAN DI BERITAHU. ANDA DIMINTA UNTUK MELUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK BERBAKTI DAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB. KEPRIHATINAN ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAI.

SEKIAN, TERIMAH KASIH
HASNAH ABDULLAH
PENGERUSI BIRO KESASTRIAAN
PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

KUTIPAN DERMA KILAT

PADA MALAM PELANCARAN SERENTAK PERSIDANGAN CAWANGAN-CAWANGAN UBKR DI ADTEC PADA 5 JUN 2009 YANG LALU, TELAH DIHADIRI LEBIH DARI 200 ORANG AHLI DAN 1 AGENDA KUTIPAN DERMA KILAT YANG DIKELOLAI OLEH BIRO KEBAJIKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA UNTUK KELUARGA PUAN FADHILAH YANG TELAH DITIMPA KEMALANGAN KEBAKARAN DI KEDIAMAN BELIAU DAN PEMERGIAN IBUANDA BELIAU KE RAHMAHTULLAH AKIBAT DARI KEMALANGAN KEBAKARAN TERSEBUT.
KAMI BERHARAP AGAR PUAN FADILAH SEKELUARGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI. INSYAALLAH, SEMUA WANG KUTIPAN TERSEBUT AKAN DISERAHKAN OLEH PUAN SUHAILA (KETUA PUTERI UMNO KOTA RAJA/KETUA PUTERI UMNO NEGERI SELANGOR) PADA HARI SELASA. SEMOGA DAPATLAH MERINGANKAN SEDIKIT BEBANAN.

"MALANG TIDAK BERBAU"

KAMI MENGUCAPKAN TAKZIAH BUAT PUAN FADHILAH, AJK WANITA CAWANGAN LIPAT KAJANG.

SEMALAM BERSAMAAN HARI KHAMIS (04 JUN 2009), KAMI (WARGA PUTERI UBKR) TELAH DIKEJUTKAN DENGAN KHABAR KEMALANGAN YANG TELAH MENIMPA PUAN FADHILAH, DI MANA KEDIAMAN BELIAU YANG TERLETAK DI JALAN SRI MERSING, ANDALAS, KLANG TELAH HANGUS DIJILAT API. TURUT DIMAKLUMKAN, IBU KEPADA PUAN FADHILAH MASIH BERADA DI DALAM RUMAH SEWAKTU KEJADIAN DAN BANTUAN DARI JIRAN-JIRAN DAN ORANG RAMAI TELAH BERJAYA MENYELAMATKAN MANGSA. SEWAKTU KEJADIAN, PUAN FADHILAH SEDANG BERADA DI GERAI MAKAN YANG DIURUSKAN OLEH BELIAU DI SRI DAMAK, ANDALAS.

SEMOGA KEPADA RAKAN-RAKAN YANG PRIHATIN SUDILAH SAMA-SAMA MEMBANTU UNTUK MENDERMA PAKAIAN ATAU APA JUGA BENTUK SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PUAN FADHILAH BAGI MERINGANKAN BEBAN.

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA YANG TELAH BERTUNGKUS-LUMUS MEMBANTU.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA BIL 3/09 DAN LAWATAN KEPIMPINAN PUTERI UMNO SELANGOR KE UBKR

Mesyuarat jawatankuasa Puteri UBKR telah diadakan di bilik mesyuarat UBKR pada 03 Jun 2009 (Rabu) jam 8.30 malam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Farahin selaku Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Raja mewakili Puan Suhaila yang akan hadir bersama barisan kepimpinan Puteri UMNO Selangor dalam Program Turun Padang Puteri Selangor.

Antara agenda yang dibincangkan pada malam tersebut adalah Mesyuarat Perwakilan Cawangan dan Puteri, jadual Persidangan dan pembentangan laporan-laporan biro.

Sekali lagi sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Suhaila binti Dato' M.Zin yang telah dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Selangor dan kehadiran barisan kepimpinan Puteri UMNO Selangor tempoh hari amat kami hargai dan terima kasih.

Bengkel Pemantapan Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja

Bengkel Pemantapan Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 15 hingga 17 Mei 2009.

Puteri UBKR juga turut bersama-sama memberi komitmen dalam menjaya beberapa aktiviti riadah antaranya sukaneka pantai, pertandingan karaoke, aktiviti persembahan berkumpulan, pertandingan pakaian bertema. Tidak lupa juga perbincangan berkumpulan berkaitan isu-isu semasa.

Diserikan lagi dengan majlis makan malam dan acara memotong pulut kuning
sempena UMNO 63 tahun turut sama-sama diraikan dengan penuh kesyukuran serta acara penyampaian hadiah kepada peserta.

Semoga pelbagai aktiviti yang telah
dirancang sepanjang bengkel ini, dapat memberi penambahbaikan dalam memantapkan lagi bahagian kepimpinan UBKR.

PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN CAWANGAN

PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN CAWANGAN-CAWANGAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA AKAN DIADAKAN PADA 05 JUN 2009 JAM (JUMAAT) 8:30 MALAM DAN BERTEMPAT DI ADTEC, SEKSYEN 34, SHAH ALAM.
HARAP MAKLUM.

WAKIL PUTERI KOTA RAJA KE PERBARISAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Seramai lapan(8) orang ahli Pergerakan Puteri UMNO Kota Raja telah menyertai Perbarisan Pergerakan Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009 pada 26 Mac 2009.

PROGRAM PENGAJIAN BULANAN BERSAMA PELAJAR SAMT HISAMUDDIN

Majlis bacaan Al-Quran 30 Juzuk telah diadakan di kediaman keluarga Puan Suhaila binti Dato M.Zin pada 12 Mac 2009 jam 8.00 malam. Anjuran Biro Agama Puteri UMNO Bahagian Kota Raja. Seramai 30 pelajar perempuan dan 30 pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar SAMT Hisamuddin, Kg. Jawa, Klang telah menjayakan majlis tersebut dan barisan ahli Puteri UMNO Kota Raja.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 1 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Program Turun Padang Zon 1 UMNO Bahagian telah diadakan di Dewan Komuniti Padang Taman Sri Andalas pada 11 Mac 2009. Zon 1 yang terdiri daripada 5 cawangan iaitu Cawangan Taman Bukit Sri Andalas, Sri Sarawak, Lipat Kajang, Sri Andalas dan Batu Unjur. Pada malam tersebut, sambutan Maulidur Rasul turut diadakan dan antara agenda pada malam tersebut adalah Tazkirah oleah Tuan Syed Sharapuddin dan juga persembahan dari Wanita Marhaban Taman Bukit Sri Andalas.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran MPWK Bahagian Kota Raja telah berlangsung di Masjid Al-Munawarrah Seksyen 27, Shah Alam pada 09 Mac 2009. Majlis tersebut disambut meriah bersama-sama dengan masyarakat setempat dengan lebih dari 1000 yang hadir. Acara pertandingan perarakan dan sepanduk juga diadakan dan pelbagai lapisan masyarakat turut serta di dalam perarakan ini di sekitar kawasan tersebut.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 6

Pada 04 Mac 2009 Program Turun Padang Zon 6 UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan di Dewan UMNO Cawangan Taman Maznah jam 9.00 malam dan dihadiri oleh ahli UMNO tidak kira peringkat umur. Cawangan Zon 6 terdiri daripada 9 cawangan iaitu Cawangan Taman Maznah, Taman Sri Menegon, Kampung Sungai Kandis, Telok Menegon, Taman Kandis Permai, Bukit Badak, Golden Villa, Jalan Melayu Sungai Kandis dan cawangan yang baru ditubuhkan Cawangan Desa Latania. Majlis diserikan lagi dengan paluan kompang yang mengiringi lagu UMNO.

PROGRAM RAMAH MESRA DAN SUMBANGAN SMK DAN SK DI PARLIMEN KOTA RAJA

Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja telah mengajurkan Program Ramah Mesra bersama Pengetua, Guru Besar dan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan Parlimen Kota Raja di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau pada 04 Mac 2009. Puan Suhaila iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kota Raja turut hadir bersama.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 5

Pada 03 Mac 2009, Zon 5 yang terdiri daripada 5 cawangan iaitu Cawangan Shah Bandaraya, Kampung Dato Dagang, Bukit Jati, Taman Bukit Jati dan Jalan Raja Nong yang di Pengerusikan oleh Tuan Haji Baharudin bin Haji Nor telah berjaya dilangsungkan di Restoran Shikin Seafood Jalan Sungai Jati pada jam 8.30malam. Program Turun Padang ini, dihadiri oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja, Wanita, Pemuda dan tidak ketinggalan Puteri UMNO Bahagian yang sama-sama memberikan sokongan.

PERSIDANGAN PENUBUHAN UMNO CAWANGAN DESA LATANIA

Bertempat di No 77, Jalan Nagasari 36/1C, Desa Latania, Seksyen 36, Shah Alam, pada 1 Mac 2009 jam 9.00 malam, Persidangan Penubuhan UMNO Cawangan Desa Latania telah dilaksanakan dengan jaya. Menurut Encik Abdul Hassan selaku Ketua Penaja UMNO Cawangan tersebut, penubuhan cawangan ini telah diluluskan oleh UMNO Malaysia pada 06 Mac 2008 iaitu beberapa hari sebelum menjelangnya pilihan raya yang lalu. Menurut beliau lagi, biar pun Selangor kini ditadbir oleh pembangkang, namun, bagi Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Latania tetap bersemangat dalam meneruskan perjuangan keramat ini.
Pada majlis tersebut, semangat dan serta sokongan tetap diberikan oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja, Pemuda dan Puteri biar pun ianya berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

MAJLIS RAMAH MESRA KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA BERSAMA KETUA-KETUA PUTERI CAWANGAN

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Raja, Puan Suhaila Dato’ M.Zin, telah mengambil inisiatif untuk mendekatkan dan mengenali ahli-ahli Puteri dari akar umbi bermula dengan peringkat bersama Ketua Puteri Cawangan. Beliau telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Raja bersama Ketua-Ketua Puteri Cawangan Bahagian Kota Raja pada 28 Februari 2008 bertempat di Pine 38, Shah Alam. Antara agenda yang dimuatkan pada majlis tersebut ialah dengan memperkenalkan barisan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja, sesi Ketua-Ketua Puteri Cawangan memperkenalkan diri dan Puan Suhaila turut sama-sama membincangkan isu-isu atau sebarang masalah yang terdapat di dalam cawangan. Pada majlis ini juga, ahli majlis yang hadir dimaklumkan tentang penubuhan Kelab Belia Generasi Prihatin yang akan terajui oleh Puteri UMNO Bahagian Kota Raja dan borang keahlian turut diedarkan. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Encik Azman, Setiausaha UMNO Bahagian Kota Raja.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BIRO KEAHLIAN PUTERI UMNO UBKR

Pada 25 Februari 2009 jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat, UMNO Bahagian Kota Raja, Kota Kemuning, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Biro Keahlian telah dijalankan dan seramai 24 orang ahli puteri yang terdiri daripada Ketua-ketua Puteri Cawangan dan turut hadir bersama barisan Exco Puteri UMNO Bahagian Kota Raja termasuk Pengerusi Biro Keahlian, Puan Farahin Mohd Jamil dan Naib Pengerusi Biro, Puan Fauziah Selamat. Pada mesyuarat tersebut, Ketua-Ketua Puteri Cawangan telah diberi taklimat dan penerangan beberapa perkara berkaitan keahlian Puteri di dalam sesebuah cawangan. Pengerusi turut memohon Ketua Puteri cawangan agar memberi kerjasama dalam penyemakkan senarai ahli cawangan.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 10

Pada 21 Februari 2009, Program Turun Padang Zon 10 telah diadakan di Dewan UMNO Johan Setia jam 9.00 malam. Antara agenda pada majlis tersebut ialah sesi memperkenalkan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja dan juga Zon 10 yang terdiri daripada 6 buah cawangan iaitu Cawangan Johan Setia, Johan Setia Utara, Sri Nadi, Taman Setia, Setia Sepakat dan Taman Johan Setia. Hadir bersama ialah barisan Exco Puteri UMNO Bahagian Kota Raja bagi menyerikan majlis tersebut.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 3 DAN EDARAN BULETIN CAWANGAN TAMAN SENTOSA

Program turun padang Zon 3 yang telah berlangsung pada 18 Februari 2009 telah diadakan di Padang Tabika Kemas, Taman Sentosa Jalan Dato' Abd Hamid. Alhamdullilah, ramai hadirin dan hadirat tidak kira usia melapangkan masa untuk bersama-sama dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Edaran Buletin Cawangan Taman Sentosa turut diedarkan.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 8

Program turun padang Zon 8 telah diadakan di Kota Permai Golf Resort pad 16 Februari 2009.

Dato' Ahmad Shabery Cheek telah dijemput sebagai tetamu khas pada malam tersebut.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 1 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM TURUN PADANG ZON 1 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEPPERTI DIKETETAPAN BERIKUT:-

TARIKH : 11 MAC 2009
HARI : RABU
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN KOMUNITI PADANG TAMAN SRI BUKIT ANDALAS.

KEHADIRAN ANDA SEMUA DIALU-ALUKAN.

PROGRAM GERAK USAHAWAN DAN PELUANG FRANCAIS

Program anjuran Belia Selangor ini telah memberi pelbagai pendedahan berkaitan peluang-peluang perniagaan khususnya bagi peniaga yang ingin mengembangkan atau membesarkan lagi empayar perniagaan mereka.

Program dihadiri oleh Puan Suhaila binti Dato' M.zin bersama Puan Farahin bin Hj Mohd Jamil bertempat di Hotel Falmingo, Ampang pada 14 Februari 2009.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 9


Perjumpaan Zon 9 di lot 4771, Lorong Ehsan, Jalan Kebun (di perkarangan kawasan lapang rumah Hj. Zainal Jowo) pada 13 Februari 2009 jam 8.30malam.

Pada malam tersebut satu agenda 'sarang tebuan jangan dijolok' iaitu dengan mengadakan pertandingan membaling kasut terhadap PENDERHAKA yang lebih dikenali sebagai Karpal Singh.

PROGRAM RAMAH MESRA DAN SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN DI PARLIMEN KOTA RAJA

Program Ramah Mesra Dan Penyerahan Sumbangan oleh Tuan Ir Kamaruzzaman bin Johari kepada SJK & SMJK (C) dan SJK (T) d Kelab Golf Kota Permai pada 12 Februari 2009 yang turut dihadiri oleh Puan Suhaila binti Dato' M. Zin.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 2 DAN PENYERAHAN PELAN TINDAKAN

Perjumpaan Zon 2 dan penyerahan pelan tindakan oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Raja
di Dewan Jln Langat, Tmn Sri Andalas pada 11hb Februari 2009 jam 8.30 malam.