Blogger Backgrounds

Pages

Pembangkang Tabur Janji Tak Munasabah di Sarawak – Muhyiddin

SIBU 8 April – Pembangkang terus menabur dan membuat pelbagai janji tidak munasabah kepada rakyat Sarawak seperti apa yang dinyatakan dalam manisfesto mereka untuk pilihan raya negeri ke 10.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang menggunakan slogan `ubah’ yang menjadi modal mereka kononya untuk membawa perubahan di Sarawak sedangkan apa yang dinyatakan itu tidak mempunyai maksud yang jelas tetapi lebih kepada ingin mendapatkan kuasa.
“Tema mereka `ubah’, tapi tak tahu apa yang nak di ubah, mereka nak ubah sebab nak kuasa, mereka kata nak ubah daripada apa yang ada sekarang, tapi tak tahu apakah itu akan jadi lebih baik , mereka janjikan bulan, bintang dan matahari.
“Sarawak sudah jauh berubah, siapa kata tak ada kemajuan, kita tak cakap tukar atau ubah, tetapi kita buat tranformasi kerana dia lebih besar maknanya,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam 1Malaysia, di sini.
Antara yang terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ke 10, mereka menyatakan akan menyumbang RM200 untuk setiap anak-anak yang masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
Di samping itu, manisfesto itu turut menyatakan bahawa mereka ingin menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskinan sebanyak RM1 bilion bagi menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan
Muhyiddin berkata, apa yang dinyatakan oleh pembangkang itu adalah janji manis yang pernah mereka lakukan sebelum ini ketika pilihan raya umum 2008, tetapi semua yang dijanjikan itu tidak mampu dilaksanakan.
Menurutnya, pembangkang pernah menjanjikan perkara yang hampir serupa pada 2008, tetapi sehingga kini mereka masih tidak mampu melaksanakan perkara itu di negeri yang diperintah oleh mereka seperti Selangor dan Pulau Pinang.
“Dulu mereka juga nak beri bantuan kepada rakyat tetapi tak nampk perkara itu berlaku di Selangor dan Pulau PiInang.
“Mereka kata nak tubuhkan dana sebanyak satu billion untuk rakyat miskin, sedangkan kita sudah belanja berbilion untuk membantu rakyat,” katanya.
Beliau menggesa rakyat Sarawak supaya tidak terpedaya dengan apa yang dijanjikan oleh pembangkang itu kerena mereka sebenarnya tidak mampu melaksanakan seperti apa yang berlaku di negeri yang diperintah oleh mereka di Semenanjunag.
“Mereka kata sejak mereka perintah Selangor dan Pulau Pinang mereka sudah banyak bawa perubahan, bawa banyak pelaburan ke negeri itu, sedangkan apa yang berlaku itu hasil perancangan Barisan Nasional (BN) sebelum mereka memerintah.
“Kita tak boleh paksa rakyat untuk mengundi sesiapa, hanya rakyat sahaja yang boleh tentukan, dan sudah tentu rakyat (Sarawak) akan pilih BN, kita bercakap benar, kita tak pernah berbohong pada rakyat,” katanya.
Menurutnya, terpulang kepada rakyat Sarawak yang akan membuang undi pada 16 April nanti dalam menentukan siapakah yang akan menerajui negeri itu untuk terus membangun seperti apa yang telah dilaksanakan oleh BN selama ini.

Artikel dari :umno online