Blogger Backgrounds

Pages

WAKIL PUTERI KOTA RAJA KE PERBARISAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Seramai lapan(8) orang ahli Pergerakan Puteri UMNO Kota Raja telah menyertai Perbarisan Pergerakan Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009 pada 26 Mac 2009.

PROGRAM PENGAJIAN BULANAN BERSAMA PELAJAR SAMT HISAMUDDIN

Majlis bacaan Al-Quran 30 Juzuk telah diadakan di kediaman keluarga Puan Suhaila binti Dato M.Zin pada 12 Mac 2009 jam 8.00 malam. Anjuran Biro Agama Puteri UMNO Bahagian Kota Raja. Seramai 30 pelajar perempuan dan 30 pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar SAMT Hisamuddin, Kg. Jawa, Klang telah menjayakan majlis tersebut dan barisan ahli Puteri UMNO Kota Raja.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 1 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Program Turun Padang Zon 1 UMNO Bahagian telah diadakan di Dewan Komuniti Padang Taman Sri Andalas pada 11 Mac 2009. Zon 1 yang terdiri daripada 5 cawangan iaitu Cawangan Taman Bukit Sri Andalas, Sri Sarawak, Lipat Kajang, Sri Andalas dan Batu Unjur. Pada malam tersebut, sambutan Maulidur Rasul turut diadakan dan antara agenda pada malam tersebut adalah Tazkirah oleah Tuan Syed Sharapuddin dan juga persembahan dari Wanita Marhaban Taman Bukit Sri Andalas.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran MPWK Bahagian Kota Raja telah berlangsung di Masjid Al-Munawarrah Seksyen 27, Shah Alam pada 09 Mac 2009. Majlis tersebut disambut meriah bersama-sama dengan masyarakat setempat dengan lebih dari 1000 yang hadir. Acara pertandingan perarakan dan sepanduk juga diadakan dan pelbagai lapisan masyarakat turut serta di dalam perarakan ini di sekitar kawasan tersebut.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 6

Pada 04 Mac 2009 Program Turun Padang Zon 6 UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan di Dewan UMNO Cawangan Taman Maznah jam 9.00 malam dan dihadiri oleh ahli UMNO tidak kira peringkat umur. Cawangan Zon 6 terdiri daripada 9 cawangan iaitu Cawangan Taman Maznah, Taman Sri Menegon, Kampung Sungai Kandis, Telok Menegon, Taman Kandis Permai, Bukit Badak, Golden Villa, Jalan Melayu Sungai Kandis dan cawangan yang baru ditubuhkan Cawangan Desa Latania. Majlis diserikan lagi dengan paluan kompang yang mengiringi lagu UMNO.

PROGRAM RAMAH MESRA DAN SUMBANGAN SMK DAN SK DI PARLIMEN KOTA RAJA

Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja telah mengajurkan Program Ramah Mesra bersama Pengetua, Guru Besar dan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan Parlimen Kota Raja di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau pada 04 Mac 2009. Puan Suhaila iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kota Raja turut hadir bersama.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 5

Pada 03 Mac 2009, Zon 5 yang terdiri daripada 5 cawangan iaitu Cawangan Shah Bandaraya, Kampung Dato Dagang, Bukit Jati, Taman Bukit Jati dan Jalan Raja Nong yang di Pengerusikan oleh Tuan Haji Baharudin bin Haji Nor telah berjaya dilangsungkan di Restoran Shikin Seafood Jalan Sungai Jati pada jam 8.30malam. Program Turun Padang ini, dihadiri oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja, Wanita, Pemuda dan tidak ketinggalan Puteri UMNO Bahagian yang sama-sama memberikan sokongan.

PERSIDANGAN PENUBUHAN UMNO CAWANGAN DESA LATANIA

Bertempat di No 77, Jalan Nagasari 36/1C, Desa Latania, Seksyen 36, Shah Alam, pada 1 Mac 2009 jam 9.00 malam, Persidangan Penubuhan UMNO Cawangan Desa Latania telah dilaksanakan dengan jaya. Menurut Encik Abdul Hassan selaku Ketua Penaja UMNO Cawangan tersebut, penubuhan cawangan ini telah diluluskan oleh UMNO Malaysia pada 06 Mac 2008 iaitu beberapa hari sebelum menjelangnya pilihan raya yang lalu. Menurut beliau lagi, biar pun Selangor kini ditadbir oleh pembangkang, namun, bagi Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Latania tetap bersemangat dalam meneruskan perjuangan keramat ini.
Pada majlis tersebut, semangat dan serta sokongan tetap diberikan oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja, Pemuda dan Puteri biar pun ianya berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

MAJLIS RAMAH MESRA KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA BERSAMA KETUA-KETUA PUTERI CAWANGAN

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Raja, Puan Suhaila Dato’ M.Zin, telah mengambil inisiatif untuk mendekatkan dan mengenali ahli-ahli Puteri dari akar umbi bermula dengan peringkat bersama Ketua Puteri Cawangan. Beliau telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Raja bersama Ketua-Ketua Puteri Cawangan Bahagian Kota Raja pada 28 Februari 2008 bertempat di Pine 38, Shah Alam. Antara agenda yang dimuatkan pada majlis tersebut ialah dengan memperkenalkan barisan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja, sesi Ketua-Ketua Puteri Cawangan memperkenalkan diri dan Puan Suhaila turut sama-sama membincangkan isu-isu atau sebarang masalah yang terdapat di dalam cawangan. Pada majlis ini juga, ahli majlis yang hadir dimaklumkan tentang penubuhan Kelab Belia Generasi Prihatin yang akan terajui oleh Puteri UMNO Bahagian Kota Raja dan borang keahlian turut diedarkan. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Encik Azman, Setiausaha UMNO Bahagian Kota Raja.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BIRO KEAHLIAN PUTERI UMNO UBKR

Pada 25 Februari 2009 jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat, UMNO Bahagian Kota Raja, Kota Kemuning, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Biro Keahlian telah dijalankan dan seramai 24 orang ahli puteri yang terdiri daripada Ketua-ketua Puteri Cawangan dan turut hadir bersama barisan Exco Puteri UMNO Bahagian Kota Raja termasuk Pengerusi Biro Keahlian, Puan Farahin Mohd Jamil dan Naib Pengerusi Biro, Puan Fauziah Selamat. Pada mesyuarat tersebut, Ketua-Ketua Puteri Cawangan telah diberi taklimat dan penerangan beberapa perkara berkaitan keahlian Puteri di dalam sesebuah cawangan. Pengerusi turut memohon Ketua Puteri cawangan agar memberi kerjasama dalam penyemakkan senarai ahli cawangan.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 10

Pada 21 Februari 2009, Program Turun Padang Zon 10 telah diadakan di Dewan UMNO Johan Setia jam 9.00 malam. Antara agenda pada majlis tersebut ialah sesi memperkenalkan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja dan juga Zon 10 yang terdiri daripada 6 buah cawangan iaitu Cawangan Johan Setia, Johan Setia Utara, Sri Nadi, Taman Setia, Setia Sepakat dan Taman Johan Setia. Hadir bersama ialah barisan Exco Puteri UMNO Bahagian Kota Raja bagi menyerikan majlis tersebut.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 3 DAN EDARAN BULETIN CAWANGAN TAMAN SENTOSA

Program turun padang Zon 3 yang telah berlangsung pada 18 Februari 2009 telah diadakan di Padang Tabika Kemas, Taman Sentosa Jalan Dato' Abd Hamid. Alhamdullilah, ramai hadirin dan hadirat tidak kira usia melapangkan masa untuk bersama-sama dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Edaran Buletin Cawangan Taman Sentosa turut diedarkan.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 8

Program turun padang Zon 8 telah diadakan di Kota Permai Golf Resort pad 16 Februari 2009.

Dato' Ahmad Shabery Cheek telah dijemput sebagai tetamu khas pada malam tersebut.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 1 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM TURUN PADANG ZON 1 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEPPERTI DIKETETAPAN BERIKUT:-

TARIKH : 11 MAC 2009
HARI : RABU
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN KOMUNITI PADANG TAMAN SRI BUKIT ANDALAS.

KEHADIRAN ANDA SEMUA DIALU-ALUKAN.

PROGRAM GERAK USAHAWAN DAN PELUANG FRANCAIS

Program anjuran Belia Selangor ini telah memberi pelbagai pendedahan berkaitan peluang-peluang perniagaan khususnya bagi peniaga yang ingin mengembangkan atau membesarkan lagi empayar perniagaan mereka.

Program dihadiri oleh Puan Suhaila binti Dato' M.zin bersama Puan Farahin bin Hj Mohd Jamil bertempat di Hotel Falmingo, Ampang pada 14 Februari 2009.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 9


Perjumpaan Zon 9 di lot 4771, Lorong Ehsan, Jalan Kebun (di perkarangan kawasan lapang rumah Hj. Zainal Jowo) pada 13 Februari 2009 jam 8.30malam.

Pada malam tersebut satu agenda 'sarang tebuan jangan dijolok' iaitu dengan mengadakan pertandingan membaling kasut terhadap PENDERHAKA yang lebih dikenali sebagai Karpal Singh.

PROGRAM RAMAH MESRA DAN SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN DI PARLIMEN KOTA RAJA

Program Ramah Mesra Dan Penyerahan Sumbangan oleh Tuan Ir Kamaruzzaman bin Johari kepada SJK & SMJK (C) dan SJK (T) d Kelab Golf Kota Permai pada 12 Februari 2009 yang turut dihadiri oleh Puan Suhaila binti Dato' M. Zin.

PROGRAM TURUN PADANG ZON 2 DAN PENYERAHAN PELAN TINDAKAN

Perjumpaan Zon 2 dan penyerahan pelan tindakan oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Raja
di Dewan Jln Langat, Tmn Sri Andalas pada 11hb Februari 2009 jam 8.30 malam.

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina telah diadakan pada :-

Tarikh :- 08hb Februari 2009
Tempat :- Dewan MPK Taman Sentosa
Masa :- 8.30malam

MESYUARAT ZON-1 PUTERI UBKR KALI PERTAMA

Mesyuarat Kali Pertama Bagi Zon 1, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja Tahun 2009 telah diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 05hb Februari 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Pusat Komuniti Andalas (Atas Restoran Nasi Briyani King, Taman Sri Andalas)

Seramai 12 ahli jawatankuasa telah hadir pada mesyuarat tersebut dan antara agenda yang dibincangkan adalah perkara berkaitan isu semasa di negeri Perak dan merangka aktiviti tahunan bagi Zon 1 Puteri UBKR juga tidak ketinggalan lantikan AJK Zon-1.

AJK Zon -1
Penyelaras Zon - Azizah binti Saleh
Ketua Puteri Zon - Norazmah Lily binti Shamsudin
Timbalan Ketua Puteri Zon - Noor Aidawaty binti Samuri
Penolong Setiausaha - Rosainiza binti Nordin
Penolong Bendahari - Nur Hidayah binti Omar
Ahli Jawatankuasa
- Suhaila binti Dato' M.zin
- Fardiana
- Siti Anis Liza binti Wahab
- Nik Fazlina
- Isfarizan binti Ismail

JEMPUTAN PERKAHWINAN EXCO PUTERI UBKR


Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya mewakili Saudari Rosainiza binti Nordin yang merupakan AJK UMNO Puteri Bahagian Kota Raja dari Cawangan Taman Sentosa, mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke Majlis Raja Sehari beliau pada ketetapan berikut :-

Tarikh :- 15hb Mac 2009 (Ahad)
Tempat :-NO.77, Jalan Dato Dagang 7,
Taman Sentosa, 41200 Klang.

Aturcara Majlis:
12.tgh - 4.00 ptg : Jamuan Makan
2.00 ptg : Bersanding

Semoga ikatan yang bakal dibina ini akan kekal hingga akhir hayat.
Insyaallah...