Blogger Backgrounds

Pages

PERSIDANGAN PENUBUHAN UMNO CAWANGAN DESA LATANIA

Bertempat di No 77, Jalan Nagasari 36/1C, Desa Latania, Seksyen 36, Shah Alam, pada 1 Mac 2009 jam 9.00 malam, Persidangan Penubuhan UMNO Cawangan Desa Latania telah dilaksanakan dengan jaya. Menurut Encik Abdul Hassan selaku Ketua Penaja UMNO Cawangan tersebut, penubuhan cawangan ini telah diluluskan oleh UMNO Malaysia pada 06 Mac 2008 iaitu beberapa hari sebelum menjelangnya pilihan raya yang lalu. Menurut beliau lagi, biar pun Selangor kini ditadbir oleh pembangkang, namun, bagi Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Latania tetap bersemangat dalam meneruskan perjuangan keramat ini.
Pada majlis tersebut, semangat dan serta sokongan tetap diberikan oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja, Pemuda dan Puteri biar pun ianya berlangsung dalam keadaan hujan lebat.