Blogger Backgrounds

Pages

TIADA PILIHAN RAYA, BN TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK

KUALA LUMPUR – Difahamkan kenyataan Pejabat Sultan Perak telah menitahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya agar meletak jawatan berkuatkuasa serta merta ekoran kemelut politik yang berlaku setelah kehilangan majoriti.

Dalam hal tersebut, difahamkan juga sekiranya enggan berbuat demikian bermakna jawatan Menteri Besar secara automatik akan dianggap kosong.

Secara tidak langsung ini memungkinkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan campuran.

Dalam masa yang sama, difahamkan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar dan pada pertemuan dengan Datuk Seri Nizar, baginda menitahkan beliau meletak jawatan.

Sehubungan dengan perkembangan berkaitan, difahamkan juga bahawa upacara angkat sumpah untuk perlantikan Menteri Besar yang baru akan diadakan dalam masa terdekat.