Blogger Backgrounds

Pages

PENYERAHAN TABUNG SUMBANGAN UNTUK GAZA

Pada 30 Januari 2008 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan Pelan Tindakan dan Penyampaian Peruntukan di Kelab Golf Kota Permai, Kota Kemuning dan telah dihadiri oleh YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib. Pada kesempatan ini, kami telah sisipkan bersama Program Penyerahan Tabung Sumbangan Untuk Gaza dan telah diserahkan oleh YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib kepada Encik Sapwi iaitu wakil dari NSTP.

Pada malam tersebut, acara kutipan sumbangan telah dijalankan sekali lagi.Sebanyak RM2320 telah berjaya dikumpulkan semenjak Tabung Gaza ini dilancarkan pada 20 Januari 2009 yang lalu.Turut memberi sumbangan adalah Pengerusi Zon 9 Encik Moheyer bin Mat Sum dengan sumbangan sebanyak RM10,000.

Puteri UMNO Bahagian Kota Raja ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat dan memberi sokongan juga kepada telah memberi sumbangan ini. Semoga dengan keberkatan dari Allah S.W.T., niat yang murni ini walau tidak seberapa, mudah-mudahan dapat membantu saudara kita di Gaza. Sama-samalah kita menadah tangan dan berdoa yang terbaik untuk mereka. Amin...