Blogger Backgrounds

Pages

MAJLIS BACAAN YASSIN SETIAP BULAN DAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA PENGGAL 2008/2011 BIL 02/09

Pada 29 Januari yang lalu, Program Bacaan Yassin telah diadakan di kediaman Puan Hafiza dari Cawangan Raja Nong dan yang pertama diadakan untuk bulan Januari ini.Program ini merupakan agenda bulanan bagi kalender tahun 2009 bertujuan untuk mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dalam kami (Puteri UMNO Bahagian Kota Raja) menjalani kehidupan seharian.
Setelah selesai bacaan Yassin, telah berlangsung juga Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja Penggal 2008/2011 Bil 02/09. Antara agenda pada mesyuarat tersebut adalah berkaitan Pelan Tindakan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja dan Program.
Alhamdullillah bersyukur kehadrat Illahi dan terima kasih buat semua yang hadir termasuk kepada 19 Ahli Jawatankuasa serta seisi keluarga tuan rumah dan Puan Hafiza.