Blogger Backgrounds

Pages

MESYUARAT BIRO KESATRIAAN, BENCANA & SOSIAL UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA PENGGAL 2008-2011

Pada 13 Januari 2009, UMNO Bahagian Kota Raja telah mengadakan Mesyuarat Biro Kesastriaan, Bencana dan Sosial yang pertama kali bagi penggal 2008-2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Nasjaruddin bin Abd Kadir telah berlangsung dengan jaya dan seramai 16 orang ahli jawatankuasa biro telah hadir. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah pengesahan perlantikan ahli jawatankuasa biro dan pembentangan kertas kerja oleh Pengerusi, perbincangan penubuhan "Smart Squad" bencana alam serta aktiviti-aktiviti dan kalender sepanjang tahun 2009. Turut dibentangkan perkara-perkara berkaitan bidang tugas dan objektif Biro dan Visi. Antara okjektif yang perlu diberi perhatian adalah menerap semangat Nasionalisme dan Patriotisme, mengembalikan kegemilangan UMNO sebagai satu-satunya wadah pembela agama, bangsa dan Negara dan melatih ahli sebagai anggota penyelamat bencana alam. Pengerusi turut menyatakan harapan beliau terhadap penubuhan "Smart Squad UBKR" dengan sasaran seramai 100 orang ahli bagi sesi permulaan penubuhan ini dan dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dengan lebih mudah. Turut hadir bersama iaitu seramai 5 orang ahli Puteri yang terdiri daripada Saudari Hasnah Hj Abdullah(Pengerusi Biro), Saudari Mazni binti Nazahar, Saudari Rosainiza binti Nordin, Saudari Roshima binti Roslan dan Saudari Maizatul Nifira binti Arifin. Mereka juga merupakan tulang belakang dan harapan dalam menyuntik semangat dan mendekati belia juga masyarakat Kota Raja.