Blogger Backgrounds

Pages

"Selamat Pengantin Baru"

Pada 16 November 2008 yang lalu, telah berlangsungnya majlis persandingan saudari Wan Fasehah Burhanuddin (Penolong Setiausaha Puteri UMNO Kota Raja) bersama jejaka pilihan hatinya saudara Mohd Daud Mohd Yusop di perkarangan kediaman ayahanda beliau Encik Burhanuddin bin Said bertempat di Taman Sri Menegon, Klang. Sekalung tahniah dari kami beserta doa dan harapan semoga ikatan yang terjalin di antara dua (2) hati ini akan mekar harum hingga ke akhir hayat.


Kami juga ingin merakamkan sekalung tahniah buat saudari Siti Hawa Hj. Majid (Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Kota Raja) kerana telah bergelar isteri kepada saudara Mohamad Norazri Saberi pada 30 November 2008 di kediaman keluarga beliau yang bertempat di Kg. Perepat, Kapar. Kami mendoakan kebahagiaan yang abadi. Semai dan bajailah rasa cinta yang ditanam dilubuk sanubari dengan benih-benih kasih yang kian mekar.