Blogger Backgrounds

Pages

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan pada 26 Oktober 2008 yang lalu dengan jayanya dan dengan penuh gimik ini kerana pada hari tersebut merupakan detik-detik terakhir Ketua UMNO Bahagian Kota Raja iaitu Dato' Amzah bin Umar bersama kami kerana beliau telah melepaskan jawatannya dan ingin memberi peluang kepada kepimpinan yang baru dan lebih muda untuk mencetuskan ideologi yang lebih efektif dalam meneruskan dan mengharungi perjuangan ini.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan 'Bapa Perjuangan Kami' ini tidak akan kami lupakan. Kami turut merasa kehilangan dalam mengharungi cabaran dan dugaan kali ini, kerana pada tarikh tersebut juga seramai 7 orang ahli pergerakan Puteri kami, akan meneruskan perjuangan keramat ini dalam Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Raja. Kami berharap biar apa pun jua rintangan kita tetap akan harungi bersama-sama.