Blogger Backgrounds

Pages

Majlis Kunjung Hormat Puteri UBKR ke rumah Ketua Bahagian (Tn. Hj. Kamaruzzaman)

Majlis kunjung hormat dan ramah mesra Exco Puteri UMNO Kota Raja bersama Ketua Bahagian UBKR telah diadakan di kediaman beliau pada 2 Disember 2008 jam 8.00malam. Seramai 21 ahli Exco Puteri UBKR telah hadir bagi memeriahkan majlis. Dalam sesi suai kenal, Ketua Puteri UBKR iaitu Puan Suhaila binti Dato' Md. Zin telah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Tuan Haji Kamaruzzaman menerima kunjungan daripada kami ke perkarangan kediaman beliau. Diikuti dengan barisan exco yang hadir dengan memperkenalkan diri masing-masing.
Dalam kunjungan pertama kali ini, Tuan Haji Kamaruzzaman (yang juga lebih mesra dengan panggilan KJ) mengambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa perkara kepada ahli majlis yang hadir. Diantaranya adalah, beliau mengingatkan ahli majlis agar tidak leka ketika melaksanakan setiap amanah yang telah diberi dalam menghadapi senario politik masa kini apatah lagi untuk menghadapi PRU-13 akan datang. Sudah pastinya tanggungjawab yang digalas akan lebih mencabar dalam usaha menawan kembali hati rakyat terutamanya golongan belia. Dalam agenda kepimpinan beliau yang pertama ini, beliau turut menyatakan untuk membantu rakyat yang benar-benar miskin dan susah serta yang kurang upaya dan berharap agar barisan Puteri UBKR sama-sama membantu dan menyokong beliau dalam merealisasikan hasrat beliau.